Assalamualaikum...salam 1 Malaysia...
RT Mutiara Klasik (NS005835-X) merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera. Syarikat ini telah di daftarkan pada 14 Januari 2008 di bawah Akta Syarikat 1965. Ketika ini RT Mutiara Klasik beroperasi di A1-18, Aprt. Seri Mawar, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang Selangor.
Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam bidang percetakan. Syarikat juga membekalkan alatulis, cendermata premium dan membekalkan pakaian seragam pejabat. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.
Kami amat komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan produk yang bermutu kepada pelanggan kami.